knapa mesti lambat??? =(

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan
sebuah kereta sport daripada ayahnya…lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama…si ayah hanya tersenyum… si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu…ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan… satu hari…si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya…sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang… si anak tersenyum puas…di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu…


Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik…si anak terkesima… sungguh.. .bukan itu yg kuhajatkan.. . dengan hati yang berat…kotak itu

bertukar tangan…matanya terarah kepada riak wajah ayahnya…yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya… .

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu…penutup kotak dibuka…apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan…si anak memandang ayahnya…terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak…nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja mempermainkan saya…ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu…bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah ayah…bukan al-Quran ni yang saya nak…katanya keras…


Al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan…si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa’at utk si ayah bersuara…pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya…memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya. …


10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta…punyai syarikat sendiri…dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat…cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh… Sudah 10

tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya…sedang dia berkira2 sendiri…telefonny a berdering… dari peguam ayahnya…ayahnya meninggal dunia semalam…dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak…si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta…

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa…si anak pulang ke banglo ayahnya…memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya…hatinya sebak..bertambah sebak apabila

mendapati diatas meja di bilik bacaannya… Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ…bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini…perlahan2 langkahnya menuju ke situ…mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan…tiba- tiba…jatuh sesuatu dari Al-quran itu…segugus kunci…di muka belakang Al-quran itu…sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu…

Kunci itu segera dipungut…hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali…di dalam sampul surat itu…terdapat resit pembelian kereta idamannya… dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah…sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama

ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. …air mata si anak menitis deras…hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang.. .

Namun semuanya sudah terlambat…


Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak “dibungkus”, didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??

tanda-tanda jatuh hati....

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

kwn2 baca nie tips2 untuk cover malu... berkesan atau x' mari kita cuba.......

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai.... lepas tu baru
bgn bila takder org nampak....

2. Kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda
semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya org ingat anda saje2 buat lawak.....

3. Kalo terjatuh tangga: Trus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk
halus...

4. Kalo terjatuh dlm longkang: Pungutlah sampah
yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org
menyangka anda seorg yang amat prihatin
terhadap kebersihan.

5. Kalo jatuh ketika nk naik bas: Jeritlah
kuat2... "oii! Apa tolak2 ni?". walaupun tiada org di
blakang anda.

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: Terus buat2
pengsan sehingga ada org membantu anda... kalo
takde.. baring trus sampai mlm dan takder org kat
bus stop tu.. haaa.. nilah masa yg sesuai utk
bangun semula.

7. Kalo jatuh tergelincir kt lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kt sebelah anda)
utk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang jer yang dpt malu... ye tak?.

crita nie mmg sedih' sbb 2 lah ak nak kongsi ... dgr lah lgu yg anda suka smbil bca ... jgn bca mnangis tp jdikan iktibar.

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia.
Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang
dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga.
Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata.
Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada
jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah
dengan bunyi hilai ketawa anak-anak,
kadang-kadang tangisan nyaring.


Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini.
Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi,
kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang

dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah , si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna. Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak , si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali. "Mama, abang minta maaf... Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku... Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya. "Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar... tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

"... Abang janji tak akan buat lagi." Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar , dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku..."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini..." Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu , tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor. "Puan, maafkan... Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan... Telah meninggal dunia." Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat
selama-lamanya.

"Anak... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata , "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari disepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu... Ibu rindu kepada nakalmu... Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

peringatan.... law tgk org mrokok jgn la blajar2 mrokok' aku da beribu kali azam untuk brhenti mrokok tp xdapat jgk!!!

Nie lah ragam2 perokok
Bila tengah-tengah orang ramai lagi lagi pompuan,
dia mula nyala rokok.

Diorang ni jenis tak berapa ada keyakinan diri.
Biasa la kononnya ingat bila hisap rokok nampak bergaya dan macho habis dan mampu mengalihkan perhatian awek ke arah mereka.
Lagi satu, rokok di sini mungkin sebagai alat untuk mengaburi kekurangan yang wujud pada diri.
Mereka beranggapan bahawa orang di sekeliling akan lebih tertumpu kepada gaya mereka menyedut dan menghembus asap rokok daripada memandang gaya mereka berjalan yang seakan-akan membuat hantaran bola ke hadapan.
Ada juga kemungkinan semasa berjalan penampilan diri dirasakan tak kena terutamanya pada bahagian tangan. Tangan tak tahu nak letak dalam kocek ke,
menggengam erat ke, berpeluk tubuh dan sebagainya.
Jadi apabila rokok berada di jari,

segala-galanya terjawab padahal suma 2 hnya anggapan perokok jew...
so peringatan skali lgi jgn mrokok bg yg xpnh mrokok k' dah lah buang duit' wat pnyakit lgi, makruh plak 2.....
law cita sal kburukan ne xkan pnah abis... huhuhu!

aku xdpt tidur!!!!

huh!!! erm ntahlah knapa mlm ne ak xdpt tdur' law sllu sng plak tdur,
tp mlm ne susah plak, skg dah pkul 5.40 am tepat setepatnya...
syukur jgklah sok cuti' yalah sabtu kan....

xpa demi mngisi ruang kekosongan sblum ak trtdo'
ak isi2 lah blog ak yg sunyi dan bosan bila org tgk...
smbil ak mlayan lgu search yg bertajuk gadis misteri
ne mbuatkan btambah feel utk isi blog ne walaupun aku
sbnarnya xda poin untuk katakan ssuatu dlm blog ne...
sbnarnya sblum ak isi blog ne ak ngah bka blog member ak,
pas2 ak jmpa la blog sorng pmpuan, lawa pmpuan 2' hehe..
tp ak xda niat pa pon ngn dia' cma ak trtarik lar cara dia isi blog'
2 yg ak terus adjust blog ak isi2 cikit kesunyian blog nie'
mna lah taw dia tgk blog ak' msti dia tpikat bla baca post ak yg bru nie' haha!
tp pmpuuan 2 da ada boipren lah' sbb 2 ak xkacau...
seandainya lah dia single mnalah ak brani nak tackle'
hehe..... syok sndiri lah ak nie....
huh sayunya mata ak skg nie tp lom lg dia ajak aku untuk lelapkan .....
erm nie ada ilmu yg bru ak wat 2 minit kmudian'

" pjalanan yang jauh itu mmbuatkan kta makin hebat bjalan,
seandainya kita arungi jalan tsebut dgn pnuh taat kepada Allah nescaya apabila kita ingin jalan 2 dekat nescaya Allah akn dekatkn jalan tersebut shingga x trcapai akal" Subhanallah......

pa pon syukur gaklah ak xdo'
bole ak solat subuh dgn waktu yg tepat....
herm bru je ckp da member ak msj suh solat subuh'
die ckp mcm nie

"zul bngun solat subuh"

hehe baiknya die kn.......
ma kc kwn ku...
k r smpi cnie citer ak tuk bulan nie....
huhuhu' haiyya 'ala solahh

wsalam...

Sekadar memperingati diriku sendiri dan utk mu kwn...

Sejarah Sahabat Rasullullah SAW

Abu Bakar as-Siddiq

Abu Bakar as-Siddiq (b. Arab أبو بكر الصديق Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Quhaafah.

Kehidupan Awal

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Belia juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam.

Menjadi Khalifah Pertama

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.

Perang Riddah

Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.

Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan Perang Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

Ekspedisi ke Utara

Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Syaidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.

Pengumpulan Al Quran

Menurut ahli sejarah Islam, selepas Perang Riddah ramai orang yang mahir menghafaz Al Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat Al Quran. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan Al Quran semasa beliau menjadi khalifah.

Kewafatan Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.

Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

Sumbangan Saidina Abu Bakar


Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat Al Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.
There was an error in this gadget

About Me

My photo
aku pria simple. yang tidk macam2' hidup yg lurus2' jujur dan setia' baik dan bijak sana' menerima apa adanya' sihat dan jauh dari dadah.

Followers